Pengurusan sekolah dan PIBG

Analisa mata terkumpul demerit disiplin murid melalui aplikasi telefon pintar

SHARE
, / 4985

Kebanyakan sekolah menggunakan sistem mata demerit bagi menilai tahap disiplin setiap pelajar sekolah.

Aplikasi PEPATIH MySekolah memaparkan analisa ringkas mata terkumpul demerit bagi memudahkan pentadbir, Penolong Kanan HEM/TPSA dan guru disiplin membuat pemantauan.

Modul ini boleh dibuka melalui aplikasi telefon pintar PEPATIH MySekolah bagi pengguna yang mempunyai peranan Admin, Penolong Kanan HEM/TPSA, guru disiplin dan guru kaunseling sahaja

Klik disini untuk panduan bagaimana setiap guru di sekolah hendak merekodkan kes disiplin

Analisa yang dipaparkan adalah

Analisa bagi mata terkumpul demerit 20 hingga 30

  1. Jumlah pelajar yang mempunyaj mata terkumpul demerit 20 hingga 30
  2. Jumlah surat amaran disiplin pertama yang telah dikeluarkan bagi pelajar yang mempunyai mata terkumpul demerit 20 hingga 30
  3. Jumlah pelajar yang telah menjalani sesi kaunseling

Analisa bagi mata terkumpul demerit 31 hingga 50

  1. Jumlah pelajar yang mempunyai mata terkumpul demerit 31 hingga 50
  2. Jumlah surat amaran kedua yang telah dikeluarkan
  3. Jumlah pelajar yang telah menjalani sesi kaunseling
  4. Jumlah perjumpaan dgn penjaga pelaga

Analisa bagi markan terkumpul demerit disiplin 51 hingga 70

  1. Jumlah pelajar yang mempunyai mata terkumpul demerit disiplin 51 hingga 70
  2. Jumlah surat amaran disiplin ke tiga yang telah dikeluarkan
  3. Jumlah pelajar yang telah menjalani sesi kaunseling
  4. Jumlah pelajar yang telah digantung

Analisa bagi markah terkumpul demerit disiplin 71 hingga 90

  1. Jumlah pelajar yang mempunyai markah disiplin demerit 71 hingga 90
  2. Jumlah pelajar yang telah diberi surat amaran disiplin ke empat
  3. Jumlah pelajar yang telah menjalani sesi kaunseling

Analisa bagi markah terkumpul demerit disiplin lebih 90

  1. Jumlah pelajar yang mempunyai markah terkumpul demerit disiplin lebih 90
  2. Jumlah pelajar yang telah dibuang sekolah

Langkah-langkah untuk membuka analisa ini di aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar.

1. Buka aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar.

2. Tekan pada ikon disiplin yang terletak pada bahagian bawah aplikasi seperti dalam gambarajah di bawah

3. Analisa disiplin akan dipaparkan dalam aplikasi seperti dalam gambarajah di bawah