Pelbagai kaedah digunakan bagi menggalakkan pelajar menggunakan pusat sumber sekolah. Antaranya adalah dengan memberikan anugerah kepada pengguna pusat sumber terbanyak.
Bagaimana ia berfungsi
- Terdapat sekolah yang menggunakan PEPATIH MySekolah yang telah dipasangkan dengan peralatan fingerprint.
- Guru dan pelajar yang memasuki pusat sumber dikehendaki melakukan fingerprint di device yang terdapat di dalam pusat sumber
Berikut adalah langkah-langkah bagaimana hendak mendapatkan laporan pengunjun terbanyak pusat sumber.
Laporan ini hanya boleh dicapai oleh pengguna yang mempunyai peranan admin dan guru pusat sumber sahaja.
- Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah chrome. Klik di sini untuk panduan bagaimana hendak log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah chrome
- Klik pada menu ‘Pusat Sumber’. Kemudian klik pada menu ‘Laporan’
- Pada bahagian utama aplikasi (tengah) akan dipaparkan senarai laporan. Klik laporan ‘Pengunjung’.
- Boran carian akan dipaparkan di bawah senarai laporan.
- Masukkan jangkamasa laporan. Sebagai contoh jika hendak dapatkan laporan untuk bulan ogos, pilih 1/8/2019 hingga 31/8/2019. Pilih jenis laporan guru atau pelajar dan klik butang ‘Papar Laporan’.
- Laporan akan dikeluarkan di bawah borang carian. Skrol ke bawah untuk melihat laporan.
- Laporan memaparkan nama, kelas dan jumlah menggunakan pusat sumber.
- Klik butang ‘Cetak’ jika ingin mencetak laporan.