Pengurusan sekolah dan PIBG

Proses dan cetak surat amaran ponteng pertama

SHARE
, / 23604

Surat amaran ponteng adalah tugas guru kelas. Amaran ponteng pertama diberikan kepada murid yang tidak hadir tanpa sebab selama 3 hari berturut-turut atau 10 hari berkala.

Kerja ini nampak remeh, tetapi jika terlalu banyak kerja remeh yang perlu dilakukan, ianya akan membebankan guru. Jika ia tidak dilakukan, pihak atasan akan mempersoalkannya.

Seperti yang dijanjikan, PEPATIH MySekolah adalah aplikasi yang memudah kan kerja guru. Kami memberikan penyelesaian.

  1. Jika terdapat murid dalam kelas guru lewat 3 hari berturut-turut atau 10 hari berkala, guru akan mendapat notifikasi dalam aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar.
  2. Buka aplikasi PEPATIH MySekolah chrome dan log masuk ke dalam sistem.
  3. Jika peranan anda adalah guru kelas, anda akan dapat submenu ‘Surat Amaran’ dalam menu ‘Kehadiran Murid’

skrin1

4. Klik pada submenu ‘Surat Amaran’ dan anda akan dapat lihat senarai murid dalam kelas anda.

skrin2

Guru sudah tidak perlu mengira jumlah tidak hadir, ianya akan dipaparkan terus dalam paparan. Antara perkara yang dipaparkan adalah ‘Bil. Murid Tidak hadir bersebab’ dan ‘Bil. Murid tidak hadir tidak bersebab’. Pada bahagian surat amaran pertama, guru akan nampak butang yang boleh ‘drop down’

Jika murid sudah diproses surat amaran pertama, pada butang tersebut akan dipaparkan tarikh, yang mana tarikh ini adalah tarikh surat amaran pertama dikeluarkan.

Jika murid belum diberi surat amaran pertama, butang akan memaparkan perkataan ‘Belum diproses’

Untuk memproses klik pada butang ‘Belum diproses’, menu kecil akan dipaparkan iaitu ‘Proses surat amaran’

skrin4

Klik pada menu kecil ‘Proses Surat Amaran’, akan dipaparkan beberapa medan yang perlu diisi oleh guru

skrin5

a) No. Rujukan Surat

b) Tarikh Surat dikeluarkan

c) Sistem dengan secara auto mengeluarkan senarai tarikh murid tersebut tidak hadir, guru hanya perlu tandakan tarikh yang mana akan digunakan untuk surat amaran pertama. Minimum adalah 10 tarikh

Setelah selesai , Tekan butang ‘Kemaskini’

 

Untuk mencetak, menu kecil ‘Cetak Surat Amaran’ akan dipaparkan setelah surat amaran diproses

skrin3

Klik menu kecil ‘Cetak Surat Amaran’, dan guru boleh terus mencetak tanpa perlu mengubah apa-apa lagi. Format surat adalah format yang diberikan oleh pihak sekolah

skrin6

Jika anda ingin mendapat respon yang lebih pantas, sila whatsapp atau telegram atau sms ke nombor
016-2660020

Klik di sini untuk hubungi kami menggunakan whatsapp

Kod Sekolah (Diperlukan)

Nama Sekolah (Diperlukan)

Nama Pegawai Untuk Dihubungi - Sila masukkan nama, bukan jawatan(Diperlukan)

No. HP (Diperlukan)

Emel

Soalan