Pengurusan sekolah dan PIBG

Bagaimana guru kaunseling hendak mendaftar sesi kaunseling individu menggunakan telefon pintar

Guru kaunseling boleh merekodkan setiap sesi kaunseling individu. Ini akan memudahkan laporan yang hendak dihantar
SHARE
, / 1827

Jika pengguna aplikasi telefon pintar PEPATIH MySekolah mempunyai peranan sebagai guru kaunseling, guru akan dapat melihat analisa ringkas untuk guru kaunseling seperti dalam gambarajah di bawah

  1. Tekan butang ‘Daftar Sesi Individu’ seperti dalam gambarajah di atas.
  2. Aplikasi akan memaparkan pilihan tingkatan, pilih tingkatan bagi murid yang hendak menjalani sesi kaunseling. 
  3. Aplikasi akan memaparkan pilihan kelas di bawah pilihan tingkatan. Pilih kelas bagi murid yang hendak menjalani sesi kaunseling. 
  4. Aplikasi akan memaparkan senarai murid dalam kelas yang dipilih di bawah pilihan kelas. Sila pilih nama murid yang hendak menjalani sesi kaunseling. 
  5. Setelah murid yang hendak menjalani sesi kaunseling di pilih, Borang asas sesi kaunseling individu akan dipaparkan di bawah pilihan nama murid. 
  6. Sila masukkan tarikh sesi, masa sesi, cara murid datang ke sesi kaunseling, sesi ke berapa murid tersebut telah menjalani sesi kaunseling, isu dan notify penjaga. Jika pilihan notify penjaga adalah ‘tidak,’ penjaga tidak akan dapat melihat maklumat sesi kaunseling yang dihadiri oleh anak mereka. Jika notify penjaga yang dipilih ‘Ya’, penjaga dapat melihat maklumat sesi kaunseling yang dihadiri oleh anak mereka. Maklumat yang dapat dilihat oleh penjaga adalah tarikh sesi, masa sesi dan isu.
  7. Setelah semua maklumat diisi, tekan butang ‘Kemaskini’ untuk simpan maklumat sesi individu. 

 

Jika anda ingin mendapat respon yang lebih pantas, sila whatsapp atau telegram atau sms ke nombor
016-2660020

Klik di sini untuk hubungi kami menggunakan whatsapp

Kod Sekolah (Diperlukan)

Nama Sekolah (Diperlukan)

Nama Pegawai Untuk Dihubungi - Sila masukkan nama, bukan jawatan(Diperlukan)

No. HP (Diperlukan)

Emel

Soalan

One Comment