Pengurusan sekolah dan PIBG

Mencetak LPBK Individu Kaunseling

SHARE
, / 1675

Antara laporan yang perlu dicetak oleh kaunselor sekolah adalah LPBK Individu. Dengan menggunakan PEPATIH MySekolah, laporan ini tidak lagi perlu di buat. Ianya akan tersedia dan guru kaunseling hanya perlu cetak sahaja.

Guru kaunseling hanya perlu mendaftar sesi kaunseling individu dan kelompok sahaja, LPBK akan tersedia untuk anda.

Jika anda masih belum tahu bagaimana hendak merekodkan sesi, Klik di sini untuk panduan merekodkan sesi kaunseling individu dan klik di sini untuk panduan merekodkan sesi kaunseling kelompok

Untuk mencetak LPBK, anda perlu mempunyai perana sebagai ‘Guru Kaunseling‘. Jika anda tidak mempunyai peranan sebagai guru kaunseling, sila hubungi admin sekolah untuk mendaftarkan anda sebagai guru kaunseling.

  1. Buka aplikasi PEPATIH Mysekolah versi chrome. Klik di sini untuk panduan bagaimana hendak log masuk PEPATIH MySekolah versi chrome
  2. Klik pada menu ‘Kaunseling‘ dan klik pada submenu ‘Laporan‘.

3. Senarai laporan akan dipaparkan pada bahagian utama aplikasi (tengah).

Klik pada LPBK Individu.

4. Borang pilihan akan dipaparkan di bawah senarai laporan.

Pilih guru untuk cetak LPBK Individu dan masukkan julat tarikh laporan, sebagai contoh jika anda inginkan LPBK individu untuk tahun 2020, pilih tarikh mula 01/01/2020 dan tarikh hingga iaitu tarikh semasa. Kemudin klik butang ‘Papar Laporan.

5. Laporan akan di paparkan di bawah butang ‘Papar Laporan’.

6. Untuk mencetak LPBK ini, skrol ke bawah sehingga nampak butang ‘Cetak‘ dan klik butang tersebut.