Pengurusan sekolah dan PIBG

Tetapan matapelajaran dan kelas yang diajar

SHARE
, / 2089

Tetapan matapelajaran dan kelas yang di ajar adalah penting terutamanya untuk kegunaan modul relief, jadual waktu, kuiz dan tugasan, kawalan kelas dan lain-lain lagi. Tetapan ini hanya dilakukan sekali sahaja setahun melainkan guru bertukar matapelajaran dan kelas

Bagi menetapkan matapelajaran dan kelas yang di ajar, pengguna perlu mempunyai peranan sebagai ‘Guru Matapelajaran

Tetapan ini boleh dilakukan di dalam aplikasi telefon pintar PEPATIH MySekolah

Di dalam video ini terdapat bahagian yang menerangkan cara-cara membuat tetapan matapelajaran dan kelas

Langkah-langkah adalah seperti berikut

  1. Buka aplikasi telefon pintar PEPATIH MySekolah. Klik di sini untuk panduan bagaimana hendak install PEPATIH MySekolah dalam telefon pintar anda jika anda masih belum install.
  2. Tekan pada menu ‘Matapelajaran & Kelas

3. Senarai matapelajaran dan kelas akan dikeluarkan jika anda telah mendaftar sebelum ini. Klik pada butang ‘+’ jika anda hendak ubah atau padam.

4. Tekan pada butang ‘Daftar Matapelajaran Kelas’ untuk daftar matapelajaran dan kelas yang baru

5. Aplikasi akan paparkan pilihan tingkatan, pilih tingkatan bagi kelas yang di ajar.

6. Setelah pilih tingkatan, aplikasi akan keluarkan pilihan jenis kelas, samada anda mengajar 1 kelas sahaja dalam jadual waktu anda ataupun dalam jadual waktu anda menggabungkan beberapa kelas. Jika gabungan tandakan pada bahagian gabungan dan pilih jumlah kelas yang digabungkan. Setelah selesai tekan butang seterusnya.

7. Aplikasi akan keluarkan senarai kelas mengikut tingkatan yang di pilih dan kriteria gabungan jika kelas adalah gabungan.

8. Jika kelas adalah gabungan pilih samada gabungan tesebut anda mengajar semua pelajar dalam gabungan atau mengikut agama dan jantina tersentu sahaja

8. Akhir sekali, pilih matapelajaran yang di ajar dan tekan butang kemaskini.