Pengurusan sekolah dan PIBG

Merekodkan amalan baik pelajar menggunakan QR

SHARE
, / 2809

Aplikasi PEPATIH MySekolah membolehkan setiap guru merekodkan amalan baik yang dilakukan oleh pelajar dengan mudah menggunakan QR Pelajar

Proses ini boleh dilakukan dengan mudah menggunakan telefon pintar

1. Buka aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar

2. Tekan pada menu dan tekan pada submenu ‘Disiplin/Amalan Baik’

3. Aplikasi akan paparkan ringkasan jumlah disiplin dan amalan baik yang telah didaftarkan oleh guru

4. Tekan pada butang ‘Daftar amalan baik’

5. Masukkan jenis amalan baik dan catatan jika ada

6. Tekan butang ‘Daftar Pelajar’

7. Tekan pada kotak ‘Tekan di sini untuk imbas QR’ untuk imbas qr pelajar

8. Tekan butang OK setelah nama pelajar keluar.

9. Tekan semula kotak ‘Tekan di sini untuk imbas QR’ jika terdapat pelajar lain yang terlibat dalam amalan baik yg sama. Guru beh mendaftar beberapa pelajar untuk amalan baik yang sama kerana terdapat juga amalan baik yang dilakukan secara berkumpulan

10. Setelah selesai semua pelajar didaftarkan. Tekan butang ‘Kemaskini’ untuk simpan