Pengurusan sekolah dan PIBG

Jadual ketidakhadiran murid

SHARE
, / 2681

Jadual ketidakhadiran murid menunjukkan jumlah murid tidak hadir mengikut sebab tidak hadir setiap bulan. Jadual ini dapat membantu pentadbir mengenalpasti sebab-sebab murid tidak hadir mengikut bulan.

Untuk membuka laporan ini pengguna mesti mempunyai peranan sebagai Admin, Guru Kaunseling, Guru Disiplin atau Penolong Kanan HEM/TPSA

Sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah

  1. Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah Chrome. Klik di sini untuk panduan bagaimana hendak log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah Chrome
  2. Klik pada menu ‘Kehadiran Murid’ dan klik pada menu ‘Jadual Ketidakhadiran’. 
  3. Pada bahagian utama aplikasi (tengah) akan dipaparkan jadual yang mempunyai jumlah tidak hadir mengikut sebab setiap bulan. Sila rujuk gambarajah di bawah. 
  4. Jika hendak melihat lebih lengkap mengikut tingkatan/tahun bagi setiap sebab, klik pada ikon ‘+’. Aplikasi akan memaparkan jumlah setiap bulan bagi sebab yang dipilih mengikut tingkatan tahun. 
  5. Jika hendak melihat lebih lengkap mengikut kelas bagi tingkatan/tahun, klik pada ikon ‘+’. Aplikasi akan memaparkan jumlah setiap bulan mengikut kelas bagi tingkatan/tahun yang dipilih mengikut sebab.