Pengurusan sekolah dan PIBG

Pengurusan masa keluar masuk guru dan kakitangan

SHARE
, / 3913

Setelah mendapat maklum balas dari sekolah-sekolah yang menggunakan aplikasi PEPATIH MySekolah, kami mendapati di dalam sekolah terdapat banyak kategori guru dan kakitangan keluar masuk. Sebagai contoh guru sahaja terdapat guru pagi, guru petang. Ada sekolah yang mempunyai kekurangan guru akan mempraktikkan guru dua alam yang mana guru ini masuk jam 10 pagi dan balik 5 petang.

Kakitangan juga mempunyai pelbagai masa keluar masuk. sebagai contoh pembantu makmal masuk jam 9 pagi dan balik 5 petang dan lain-lain lagi

Bagi menjadikan aplikasi PEPATIH MySekolah sesuai digunakan di mana-mana sekolah dan semua jenis kakitangan, sedikit perubahan dalam modul tetapan. Admin sekolah boleh menetapkan seberapa banyak jenis masa untuk kakitangan dan guru.

  1. Klik menu tetapan

screen-shot-2016-12-03-at-11-37-00-pm

2. Pada paparan tetapan terdapat tetapan guru dan kakitangan

screen-shot-2016-12-03-at-11-37-16-pm

3. Jika ingin mendaftar tetapan baru, klik butang ‘Daftar tetapan baru’ atau tekan butang kemaskini jika ingin kemaskini tetapan sediada

screen-shot-2016-12-03-at-11-37-29-pm

3. Masukkan tajuk tetapan sebagai contoh pekerja swasta, guru agama, guru pagi, pembantu makmal dan lain-lain

4. Masukkan masa masuk dan masa keluar. Terdapat sekolah yang mempunyai kakitangan yang mempunyai 2 kali masuk dan keluar. Jika terdapat situasi demikian, masukkan masa masuk kedua dan masa keluar kedua

5. Setelah selesai tekan butang ‘Kemaskini’

6. Langkah seterusnya adalah memastikan guru dan kakitangan dipadankan dengan kumpulan masa yang sesuai.

7. Untuk tujuan ini klik menu kakitangan dan klik sub menu ‘Senarai Kakitangan’

Screen Shot 2016-05-02 at 12.48.22 PM

8. Tekan butang kemaskini pada kakitangan yang ingin diubah

screen-shot-2016-12-03-at-11-45-04-pm

9. Satu medan borang baru diwujudkan, masukkan kumpulan masa dan tekan butang ‘Kemaskini’

screen-shot-2016-12-03-at-11-50-43-pm

10. Dengan perubahan modul ini, pihak sekolah boleh menguruskan masa hadir guru dan kakitangan dengan lebih baik

 

 

Jika anda ingin mendapat respon yang lebih pantas, sila whatsapp atau telegram atau sms ke nombor
016-2660020

Klik di sini untuk hubungi kami menggunakan whatsapp

Kod Sekolah (Diperlukan)

Nama Sekolah (Diperlukan)

Nama Pegawai Untuk Dihubungi - Sila masukkan nama, bukan jawatan(Diperlukan)

No. HP (Diperlukan)

Emel

Soalan