Pengurusan sekolah dan PIBG

Laporan pergerakan guru mengikut jenis dan jangkamasa

SHARE
, / 730

Terdapat ketika pentadbir perlukan laporan pergerakan guru/kakitangan mengikut jenis dan jangkamasa.

Sebagai contoh, laporan guru, jumlah guru  dan berapa kali guru yang menjadi pengawas peperiksaan dari 1/1/2018 sehingga 30/12/2019

Setiap guru mesti merekodkan pergerakan masing-masing menggunakan aplikasi supaya laporan ini dapat dikeluarkan. Klik di sini untuk panduan bagaimana setiap guru/kakitangan merekodkan pergerakan masing-masing menggunakan aplikasi telefon pintar PEPATIH MySekolah

Untuk memaparkan jadual laporan ini, pengguna mesti mempunyai peranan sebagai Admin, Pengetua/Guru Besar/Pengarah, Penolong kanan pentadbiran dan kurikulum atau penolong kanan 1

  1. Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah Chrome. Klik di sini untuk panduan bagaimana hendak log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah Chrome.
  2. Klik pada menu ‘Kakitangan’ dan klik pada submenu ‘Laporan’. 
  3. Senarai laporan akan di paparkan di bahagian utama aplikasi (tengah). 
  4. Pilih laporan ‘Pergerakan Mengikut Jenis dan Jangkamasa’ dari senarai laporan yang dipaparkan.
  5. Borang carian laporan akan di paparkan di bawah senarai laporan. 
  6. Masukkan julat tarikh laporan yang diperlukan. Sebagai contoh laporan dari 1/1/2019 hingga 20/12/2019. Dan tandakan pada jenis pergerakan laporan anda. Anda boleh pilih minimum satu jenis pergerakan atau boleh pilih beberapa jenis pergerakan. Setelah selesai klik pada butang ‘Papar Laporan’
  7. Laporan akan dipaparkan di bawah borang carian. Skrol ke bawah untuk melihat laporan. 
  8. Sistem akan paparkan jadual laporan yang mengandungi nama dan jumlah guru tersebut keluar mengikut jenis pergerakan yang dipilih. Sistem juga memaparkan dengan lengkap tarikh, jenis, pergerakan dan lokasi
  9. Untuk mencetak laporan, skrol sehingga akhir laporan, pada bahagian bawah terdapat butang ‘cetak’. Klik butang ‘cetak’ untuk mencetak laporan