PEPATIH MySekolah memudahkan pentadbir dan pembantu tadbir mencetak surat peringatan mesra lewat guru dan kakitangan.
Surat peringatan lewat ini boleh diproses jika guru atau kakitangan lewat sebanyak 5 kali minima sebulan.
Surat peringatan ini hanya boleh di cetak oleh pengguna yang mempunyai peranan sebagai ‘Pembantu Tadbir’ sahaja.
Untuk mencetak surat peringatan mesra lewat ini, sila ikuti langkah-langkah di bawah
- Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah versi chrome
- Klik pada menu ‘kakitangan’ dan klik pada submenu ‘Peringatan Lewat’
- Pilihan peringatan lewat akan dipaparkan di bahagian utama aplikasi. Pilih bulan dimana surat peringatan hendak dicetak dan klik butang papar.
- Senarai guru dan kakitangan yang lewat minima sebanyak 5 kali dalam bulan yang dipilih akan dipaparkan.
- Klik pada kotak ‘Belum diproses’ dan menu ‘Proses surat peringatan’ akan keluar. Klik pada menu tersebut untuk proses surat peringatan.
- Masukkan tarikh surat dikeluarkan dan masukkan no rujukan. Setelah selesai tekan butang kemaskini.
- Setelah selesai, pada kotak pilihan akan dipaparkan tarikh surat peringatan di keluarkan. klik pada tarikh tersebut untuk keluarkan menu cetak surat peringatan.
- Klik cetak surat peringatan dan dialog printer akan dipaparkan.