Pengurusan sekolah dan PIBG

Daftar sesi kelompok kaunseling

SHARE
, / 1627

PEPATIH MySekolah memudahkan kaunselor sekolah menguruskan sesi kaunseling kelompok. Kaunselor boleh mendaftar sesi kelompok menggunakan aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar

Untuk menggunakan modul ini, pengguna mesti mempunyai peranan sebagai ‘guru kaunseling‘. Jika anda tidak mempunyai peranan sebagai guru kaunseling, sila rujuk admin sekolah untuk mendaftar peranan sebagai guru kaunseling.

  1. Buka aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar. Jika anda masih belum ada aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar, sila klik pautan ini untuk panduan bagaimana hendak install aplikasi.
  2. Skrol aplikasi sehingga nampak bahagian ‘Kaunseling‘ seperti gambarajah di bawah. Jika dalam aplikasi anda tiada bahagian kaunseling seperti dalam gambarajah di bawah, sila minta admin sekolah untuk daftar peranan anda sebagai ‘guru kaunseling‘. 
  3. Tekan pada butang ‘Daftar sesi kelompok‘.
  4. Aplikasi akan buka borang sesi kelompok seperti dalam gambarajah di bawah.
  5. Masukkan tarikh sesi, masa sesi, isu,nota dan pilih ya pada bahagian ‘Notify penjaga‘ jika anda hendak penjaga tahu anak mereka telah dikaunselingkan. Setelah selesai tekan butang ‘Teruskan‘ untuk ke langkah seterusnya.
  6. Setelah berjaya simpan, aplikasi akan memaparkan tab pilihan pada bahagian atas. Seperti dalam kotak hitam dalam gambarajah di bawah. Tekan ‘Senarai Pelajar‘ untuk lihat senarai pelajar yang menghadiri sesi kaunseling tersebut.
  7. Jika anda hendak mendaftar pelajar yang mengikuti sesi mengikut carian nama, sila tekan pada bahagian Daftar Pelajar (Carian Nama).
  8. Borang untuk mencari murid akan dipaparkan. Masukkan nama murid dan tekan butang ‘Cari‘. 
  9. Senarai pelajar yang mempunyai nama tersebut akan dipaparkan di bawah butang papar. Skrol ke bawah untuk melihat semua senarai. 
  10. Tekan butang ‘Tambah Pelajar‘ untuk daftar pelajar ke sesi kaunseling kelompok.
  11. Jika anda ingin mendaftar pelajar yang mengikuti sesi kaunseling mengikut kelas, tekan pada bahagian ‘Daftar Pelajar (Kelas)‘ dan aplikasi akan keluarkan tingkatan untuk dipilih. 
  12. Pilihan kelas akan dipaparkan bagi tingkatan yang dipilih, pilih kelas dan senarai pelajar akan dipaparkan. Tandakan mana-mana pelajar yang mengikuti sesi. Atau boleh tandakan ‘Semua Murid‘ untuk pilih semua murid. Setelah selesai tekan butang ‘Kemaskini‘ untuk simpan.
  13. Untuk melihat semula semua senarai pelajar, Tekan pada bahagian ‘Senarai Pelajar’. Di sini akan memaparkan senarai pelajar yang mengikuti sesi dan kelas pelajar tersebut. Tekan pada butang ‘Padam’ untuk padam pelajar yang ter salah daftar.