Pengurusan sekolah dan PIBG

Mencetak rekod daftar sesi individu

SHARE
, / 195

Setiap guru kaunseling perlu merekodkan daftar sesi individu ke dalam buku masing-masing.

PEPATIH MySekolah memudahkan guru kaunseling dengan menyediakan modul cetakan rekod daftar sesi individu.

Untuk mencetak rekod daftar sesi kaunseling individu ini, pengguna mesti mempunyai peranan sebagai guru kaunseling.

  1. Buka aplikasi PEPATIH MySekolah menggunakan chrome.
  2. Skrol menu di bahagian kiri sehingga nampak bahagian kaunseling dan klik pada submenu ‘Laporan
  3. Pada bahagian utama aplikasi (tengah) akan keluar senarai laporan. 
  4. Klik pada laporan ‘Rekod Daftar Sesi Individu’ untuk memaparkan semua laporan sesi individu.
  5. Rekod keseluruhan sesi akan dipaparkan di bawah senarai laporan. 
  6. Untuk mencetak laporan ini, skrol sehingga akhir, terdapat butang cetak. Klik pada butang cetak untuk mencetak laporan.