Tahukan anda bilangan guru dan kakitangan yang keluar mesyuarat, cuti rehat khas dalam bulan tertentu?
PEPATIH MySekolah boleh memaparkan graf analisa keberadaan guru bulanan.
- Klik pada menu ‘kakitangan‘ dan submenu ‘Laporan‘
- Pada bahagian utama aplikasi akan dipaparkan senarai laporan. Klik pada ‘Analisa Keberadaan Bulanan‘ seperti dalam gambarajah di bawah.
- Pada bahagian bawah senarai laporan akan keluar pilihan bulan dan tahun. Pilih bulan dan tahun laporan keberadaan bulanan yang dikehendaki dan tekan butang ‘Papar Laporan‘.
- Graf keberadaan bulanan akan dipaparkan di bawah borang pilihan.
- Graf akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Kakitangan, Guru Pagi dan Guru Petang. Ini membolehkan pentadbir membuat perbandingan diantara kakitangan, guru pagi dan guru petang mengikut jenis.