Jadual ketidakhadiran murid menunjukkan jumlah murid tidak hadir mengikut sebab tidak hadir setiap bulan. Jadual ini dapat membantu pentadbir mengenalpasti sebab-sebab murid tidak hadir mengikut bulan.
Untuk membuka laporan ini pengguna mesti mempunyai peranan sebagai Admin, Guru Kaunseling, Guru Disiplin atau Penolong Kanan HEM/TPSA
Sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah
- Log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah Chrome. Klik di sini untuk panduan bagaimana hendak log masuk ke dalam aplikasi PEPATIH MySekolah Chrome
- Klik pada menu ‘Kehadiran Murid’ dan klik pada menu ‘Jadual Ketidakhadiran’.
- Pada bahagian utama aplikasi (tengah) akan dipaparkan jadual yang mempunyai jumlah tidak hadir mengikut sebab setiap bulan. Sila rujuk gambarajah di bawah.
- Jika hendak melihat lebih lengkap mengikut tingkatan/tahun bagi setiap sebab, klik pada ikon ‘+’. Aplikasi akan memaparkan jumlah setiap bulan bagi sebab yang dipilih mengikut tingkatan tahun.
- Jika hendak melihat lebih lengkap mengikut kelas bagi tingkatan/tahun, klik pada ikon ‘+’. Aplikasi akan memaparkan jumlah setiap bulan mengikut kelas bagi tingkatan/tahun yang dipilih mengikut sebab.