Ponteng kelas atau lompat pagar adalah terma yang diberikan kepada murid-murid yang hanya masuk beberapa waktu kelas sahaja. Ianya samada mereka berada di sekolah tetapi tidak berada di kelas, atau mereka sudah keluar dari sekolah.
Seperti biasa kami menyediakan utiliti supaya guru disiplin dapat memantau murid-murid ini. Ibu bapa dan penjaga boleh melihat rekod kehadiran setiap kelas jika guru disiplin melakukan proses verifikasi kehadiran.
Kami akan beri panduan bagaimana Ibu bapa dan Penjaga dapat melihat rekod kehadiran anak setiap kelas pada masa akan datang.
Untuk guru disiplin memantau murid-murid ini, setelah mengenalpasti murid-murid ini, mereka hendaklah di labelkan sebagai murid bermasalah. Klik di sini untuk panduan bagaimana hendak melabelkan murid sebagai murid bermasalah.
Setelah murid dilabelkan sebagai bermasalah, guru disiplin dan PK HEM boleh melihat murid-murid ini menggunakan aplikasi MySekolah telefon pintar.
Apabila guru disiplin atau PK Hem membuka aplikasi telefon pintar, terdapat bahagian Masalah, nombor di bawah masalah menunjukkan bilangan murid dari murid yang dilabelkan sebagai bermasalah yang tidak hadir pada hari tersebut.
Tekan pada perkataan ‘Masalah’ tersebut akan mengeluarkan senarai murid bermasalah yang lengkap dengan nama, nama kelas, hadir atau tidak, masa hadir, lewat atau tidak
Untuk merekodkan samada murid pontent kelas atau tidak, tekan pada nama murid dan paparan lengkap kehadiran dari masa 1 hingga masa terakhir akan dikeluarkan
Jika murid mengesahkan kehadiran menggunakan cap jari, baris pertama akan menyatakan sebagai hadir dan pada bahagian Dilaporkan Oleh akan menyatakan Cap Jari. Dengan ini guru disiplin atau PK HEM tahu murid tersebut telah cap jari pada masa yang diberikan.
Jika guru disiplin atau PK HEM mendapati murid tersebut tiada di dalam kelas pada masa tertentu, Tukarkan Hadir kepada tidak, atau hadir. Rekod akan terus disimpan. Skrol ke atas untuk merekodkan kehadiran pada masa yang lain
Rekod ini boleh dilihat oleh ibu, bapa dan penjaga.
Seperti biasa kami menyediakan utiliti ini, namun untuk memastikan keberkesanannya bergantung kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Dengan maklumat ini, pihak sekolah dan ibu bapa boleh mengambil tindakan sewajarnya.
Ibu bapa memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah ini, jika ibu bapa dapat tahu dengan pantas, tindakan segera dapat diambil supaya ia tidak berlarutan. Cegah awal sebelum terlambat
PS: Jika pihak sekolah berminat untuk melihat demo aplikasi mysekolah. Sila isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda