Pengurusan sekolah dan PIBG

Penolong Kanan Petang

SHARE
, / 317

Penolong kanan petang menyelaras keseluruhan guru dan murid petang. Ia amat penting untuk menapis supaya Penolong Kanan Petang hanya melihat  keberadaan guru petang dan kehadiran murid petang

Jika pengguna aplikasi PEPATIH MySekolah telefon pintar ditetapkan sebagai Penolong kanan petang. Paparan yang dipaparkan pada telefon pintar guru tersebut adalah

  1. Keberadaan guru petang
    • Jumlah Guru Petang
    • Jumlah guru petang yang hadir
    • Jumlah guru petang yang tidak hadir (Senarai guru petang yang tidak hadir akan dipaparkan bersama dengan sebab jika bilangan guru petang yang tidak hadir ditekan)
  2. Kehadiran Murid Petang
    • Jumlah murid petang yang lewat (Senarai murid petang lewat akan dipaparkan jika jumlah murid petang lewat ditekan)
    • Jumlah murid petang yang tidak hadir (Senarai murid petang yang tidak hadir akan dipaparkan jika jumlah murid petang tidak hadir ditekan)
    • Jumlah murid bermasalah petang yang tidak hadir